Sunday, 28 April 2013

Asal usul kompang..


Salah satu daripada alat muzik tradisional Melayu yang popular masa kini ialah kompang. Kompang dikatakan berasal daripada Parsi dan digunakan untuk menyambut kedatangan Rasulullah S.A.W. Selain itu, kompang juga digunakan untuk menaikkan semangat tentera Islam ketika berperang. Alat muzik ini dibawa ke Nusantara oleh pedagang Arab yang datang berdagang. Mereka memperkenalkan alat muzik ini dan mendapat sambutan yang hebat di kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya orang-orang Jawa.


Kompang mempunyai ukuran garis pusat antara 20 hingga 37.5 sentimeter dan ketinggian sehingga 12 sentimeter. Ia banyak dimainkan di negeri Johor, Selangor dan Perak. Kalau dahulunya alat muzik ini hanya dimainkan di majlis perkahwinan, berkhatan, dan menyambut pembesar tetapi penggunaannya diperluaskan di sekolah, institusi pengajian tinggi dan ketika menyambut ketibaan pemimpin negara luar.

Kompang

Alat muzik ini bulat dan diperbuat daripada kayu yang kuat dan berkualiti. Kayu yang berbentuk bulatan penuh ini dikenali sebagai balon atau badan kompang. Biasanya kayu yang digunakan ialah pokok cengal dan palau. Penggunaan kayu yang kuat akan memastikan balon kompang tidak pecah atau retak apabila terjatuh. Kulit kambing betina pula digunakan sebagai penutup pada permukaan balon kompang. Satu lagi permukaan kompang yang terbuka dikenali sebagai mulut kompang.

Kompang terdiri daripada pelbagai saiz. Kompang yang dimainkan di Johor tidak mempunyai saiz yang tertentu. Ada yang mempunyai ukuran garis pusat sepanjang 22.5 sentimeter, 25 sentimeter, 27.5 sentimeter dan ada juga yang mencecah sehingga 35 sentimeter. Kebanyakan pemain di Johor menggunakan kompang yang sama saiznya. Hal ini demikian kerana kompang yang pelbagai saiz menghasilkan bunyi yang berbeza. Pemain di negeri Perak dan Selangor pula menggunakan alat muzik sampingan yang lain untuk mempelbagaikan bunyi.


Tarian Kompang


Kebudayaan..

Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik, makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas.
s
Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.
s
Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan. 
"kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."

Friday, 12 April 2013

Malam Pencarian Ikon Citra Puisi IPGKSM 2013



Biro Kebudayaan & Kesenian JPP IPGKSM Sesi 2013/2014


PENGERUSI BIRO

MUHAMMAD ZAIM NAJMI B MOHD RAHIM
SEMESTER 5 PISMP PENGAJIAN SOSIAL
011-19914171
zumiela7@gmail.com



NAIB PENGERUSI BIRO

SITI AISHAH NABIHAH BINTI OTHMAN
SEMESTER 5 PISMP REKA BENTUK TEKNOLOGI 2
014-8081182
nabilahudaothman91@yahoo.com


SETIAUSAHA BIRO

VEJAYA LETCHUMI A/P BALA SUBRAMANIAM
SEMESTER 3 PISMP TESL 2
0163499247
vejaya15@yahoo.com



VISI BIRO
Melahirkan bakal guru yang berpegang teguh kepada Falsafah Pendidikan Guru dan kebudayaan bangsa Malaysia di samping memelihara kesenian serantau dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.


MISI BIRO
Menjadi peneraju dan medium aktif dalam usaha menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan, kebudayaan dan kesenian serta mewujudkan komuniti mahasiswa berbilang kaum yang harmoni.


BIDANG TUGAS/FUNGSI

v  Merancang aktiviti bercorak kebudayaan, kesenian serta perpaduan yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran dan profesion keguruan.

v  Membudayakan ilmu pengetahuan dan mewujudkan komuniti mahasiswa yang cintakan ilmu serta berpegang teguh kepada  Falsafah Pendidikan Guru.

v  Memastikan aktiviti kebudayaan dan kesenian yang dilaksanakan menjurus kepada kepelbagaian budaya rakyat Malaysia.

v  Menjadi medium aktif dalam membantu menggerakkan semua kelab dan persatuan kebudayaan dan kesenian.

v  Bekerjasama dengan semua kelab dan persatuan di bawah Biro Kebudayaan, Kesenian dan Perpaduan untuk merakyatkan seni dan budaya serantau dalam kalangan mahasiswa.

v  Menggalakkan aktiviti yang berupaya memupuk perpaduan yang erat dalam komuniti bakal guru serta mewujudkan persekitaran mahasiswa berbilang kaum yang harmoni.

v  Peneraju dalam mencungkil dan memperkembangkan bakat serta potensi mahasiswa IPG khususnya dalam bidang kebudayaan dan kesenian.

      Jika anda mempunyai sebarang cadangan, kritikan atau pertanyaan, bolehlah berhubung dengan kami melalui butiran yang telah diberikan di atas. Terima kasih!

MERAKYATKAN SENI MELESTARIKAN BUDAYA